IKtiraf UEC boleh timbul konflik kepercayaan

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) boleh menimbulkan konflik kepercayaan memandangkan ia dipelopori oleh satu kaum sahaja.

Ketua Dewan UlamaK PAS Negeri Kedah, Ustaz Mohamad Rodi Abdul Rahman berkata, Malaysia telahpun mempunyai sijil-sijil yang sekian lama diiktiraf bukan hanya di dalam negara bahkan luar negara.

“Dewan UlamaK PAS Negeri Kedah memandang serius akan perkara ini dan tidak seharusnya berlaku di saat Malaysia telahpun mempunyai sijil-sijil yang baik dan diiktiraf di mata dunia.

- Advertisement -

“Pengiktirafan UEC ini secara tidak langsung melibatkan sektor pendidikan khususnya penerimaan sijil ini untuk kemasukan universiti atau memohon pekerjaan.

“Lagipun Malaysia telah pun mempunyai sijil-sijil yang sekian lama diiktiraf seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, sijil-sijil sedia ada merangkumi kepelbagaian kaum yang menjadi teras kemakmuran negara.

Pengiktirafan itu bukan sahaja boleh membangkitkan sentimen kaum sebalik mendorong lain-lain kaum menuntut hak yang sama, ujarnya.

“Sekiranya berlaku seperti itu akan mencetuskan budaya tidak sihat di negara kita yang sangat menjaga keharmonian negara.

“Oleh itu, saya mengharapkan kerajaan menilai semula tindakan pengiktirafan itu sebaliknya meneliti kembali silibus pendidikan agar terus mapan dan bergerak seiring peredaran zaman,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 19/7/2021

- Advertisement -