Kes Covid rendah Amal Perlis anjur ijtimak korban

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Sudah menjadi rutin tahunan bagi Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis mengadakan Ijtimak Korban sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha.

Pengarahnya, Amirul Jufri Mat Saman berkata, memandangkan kes Covid-19 di negeri ini tidak tinggi membolehkan ibadah korban dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

- Advertisement -

“Alhamdulillah program tahunan yang diadakan sejak lima tahun lalu dapat diteruskan lagi tahun ini walaupun dalam keadaan yang berbeza seperti sebelum ini.

“Sebanyak 16 ekor lembu dan 30 ekor kambing bakal dikorbankan, sebahagian akan disedekahkan kepada golongan asnaf dan sebahagian lagi akan diserah kembali kepada tuannya,” katanya di sini.

Menurutnya juga biarpun sambutan Hari Raya Aidiladha sejak dua tahun kebelakangan ini tidak semeriah seperti sebelumnya, namun umat Islam harus mengambil iktibar dari sirah ibadah tersebut.

“Semua golongan masyarakat harus bersama kepimpinan negara bagi bersama menangani ujian (Covid-19) yang berlaku sekarang. Pemimpin dan rakyat bersama muhasabah diri dan meminta ampun kepada Allah agar dapat mengangkat musibah yang berlaku,” ujarnya.

Ijtimak korban tersebut dianjurkan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Perlis serta PAS Kangar. – HARAKAHDAILY 18/7/2021

- Advertisement -