Imuniti kelompok sebelum musim tengkujuh

KUALA KRAI: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman turun ke Chucuh Puteri bagi program outreach suntikan vaksin pertama di Dun Manek Urai.

Beliau mengambil peluang itu bersama Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah ke program yang kelima bagi seluruh kawasan Parlimen Kuala Krai.

Advertisement

“Alhamdulillah sebanyak 700 suntikan dos pertama dan enam dos suntikan secara mobile dapat diselesaikan untuk program outreach kali ini,” ujarnya.

Beliau turut serta bersama Mohd Fauzi untuk suntikan mobile.

“Insya-Allah saya berkeyakinan tinggi Parlimen Kuala Krai akan mencapai imuniti berkelompok sebelum menjelang musim tengkujuh dan dijangkakan Kuala Krai akan mencapai 80 peratus atau imuniti kelompok pada November nanti,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. – HARAKAHDAILY 18/7/2021