SELVAX bukan sebahagian PICK Kerajaan Pusat

- Advertisement -

SAYA ada ditanyakan banyak soalan berhubung program SELVAX. Untuk pengetahuan semua, program SELVAX bukanlah sebahagian dari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) percuma yang di bawah Kerajaan Perikatan Nasional Persekutuan.

- Advertisement -

Pada hujung Julai, Pharmaniaga akan menyelesaikan penghantaran terakhir dari 12 juta dos vaksin Sinovac yang ditempah Persekutuan untuk PICK.

Pharmaniaga sudah boleh membuat penghantaran kepada tempahan selain Kerajaan Persekutuan selepas melengkapkan penghantaran semua vaksin Sinovac untuk program vaksinasi percuma Kerajaan Persekutuan. Ini termasuklah apa yang saya difahamkan bekalan Vaksin Sinovac yang ditempah oleh Selangor untuk program SELVAX.

Mulai Ogos 2021, PICK yang percuma hanya melaksanakan suntikan vaksin jenis Pfizer selain melengkapkan suntikan kedua Sinovac bagi yang sudah menerima dos pertama Sinovac.

Kerajaan Persekutuan telah membeli bekalan dos vaksin yang cukup untuk 120 peratus daripada penduduk Malaysia.

Dari jumlah itu, 70 peratus adalah Vaksin jenis Pfizer, 18.75 peratus jenis Sinovac, 10 peratus Astrazeneca dibeli terus dari Astrazeneca, baki adalah Astrazeneca dan Johnson n Johnson yg dibeli dari fasiliti COVAX dan sebanyak 3.5 juta dos Vaksin 1 dos jenis CanSino.

JKJAV dengan operasi vaksinasi yg dipertingkatkan di Lembah Kelang dengan sasaran suntikan harian 272,000 dos setiap hari, imuniti kelompok di Lembah Klang boleh dicapai dengan 80 peratus menerima 2 dos lengkap dalam tempoh 1 bulan.

Malaysia telah mencapai kadar suntikan harian perkapita tertinggi
di dunia dengan angka terakhir pada 15 Julai 2021 sebanyak 460,000 suntikan.

Untuk sepanjang Julai, Malaysia akan menerima bekalan Vaksin sebanyak 16 juta dos.

DATO’ HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
17 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 17/7/2021

- Advertisement -