MAIK manfaat NGO bantu penduduk terjejas Covid-19

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meneliti lima badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama pihaknya bagi menyalurkan bantuan kepada golongan terjejas termasuk mualaf dan Orang Asli.

Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Mohd Azman Ghazali berkata, program itu di bawah Bantuan Prihatin MAIK yang bernilai RM200,000 dalam bentuk makanan asas melalui jaringan bersama NGO.

Katanya, NGO didapati lebih dekat masyarakat serta berkemampuan mereka mencari individu terjejas ketika pandemik sekarang.

- Advertisement -

“Program ini sebenarnya satu bentuk kerjasama dengan NGO yang mana kita rancang beri bantuan keperluan kepada semua yang terkesan termasuk penduduk bukan Islam, cuma hari ini fokus kita beri bantuan melalui jaringan NGO.

“Sekarang kita wujud jariangan bersama lima NGO seperti Persatuan Muslim India Kelantan (KIMA), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Yayasan Dato’ Zul Wisma dan sebagainya, minggu depan kita akan tambah lima lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Maik di sini semalam.

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan kepada 40 keluarga yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu Yang Dipertua (Kima), Mohamed Sultan Oli Mohamed.

Sementara itu seorang armalah Mumtaj Safaruddeen Marican, 42, yang turut menerima sumbangan itu berkata, sejak kematian suaminya Mohd Sabri Mahmod setahun lalu kehidupannya terpaksa bergantung bantuan pelbagai pihak bagi menyara lima anaknya.

Kata beliau kehidupan keluarganya terjejas berhadapan dengan pandemik Covid-19 kerana tidak dapat lagi berniaga menjual di pasar malam.

Malah beliau bersyukur kerana kesusahan yang dihadapi keluarganya mendapat perhatian agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pimpinan masyarakat, penghulu dan NGO.

“Sekarang saya hanya harap bantuan orang ramai, JKM, penghulu hantar bantuan makanan kepada keluarga kami.

“Sebelum musim Covid-19 saya bersama arwah suami berniaga tiga kali setiap minggu di pasar malam sekitar Kota Bharu dengan menjual kuih sejak 12 tahun lalu,” katanya.

Mumtaj sekarang tinggal bersama adiknya di Kampung Tanjung Chat dengan membayar sewa sebanyak RM600 sebulan. – HARAKAHDAILY 17/7/2021

- Advertisement -