26 tahun ‘Genocide’: Takziah Bosnia Herzegovina

- Advertisement -

LAJNAH Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada Bosnia Herzegovina dan rakyatnya sempena 26 tahun peristiwa pembunuhan beramai-ramai (Genocide) di Srebrenica, Bosnia Herzegovina.

- Advertisement -

Peristiwa pembunuhan kejam yang telah mengorbankan lebih 8,000 orang rakyat Bosnia Herzegovia di Srebrenica oleh tentera Serbia tersebut akan sentiasa diingati sebagai satu peristiwa pembunuhan kejam ke atas umat Islam di Eropah dimana sehingga saat ini umat Islam di Eropah masih lagi berhadapan dengan intimidasi, penghinaan dan ketidakadilan disamping sikap anti Islam atau Islamofobia yang melampau.

PAS dan umat Islam di Malaysia senantiasa mendoakan yang terbaik buat Bosnia Herzegovina dan rakyatnya serta percaya bahawa peristiwa hitam tersebut mampu menjadi tanda aras kebangkitan Bosnia Herzegovina dan rakyatnya agar menjadi lebih cekal, maju, makmur dan sejahtera.

Dengan kejayaan dan kemakmuran yang dikecapi Bosnia Herzegovina ketika ini dan dimasa akan datang, usah dilupa peristiwa berdarah yang berlaku di Srebrenica kerana dengan mengingatinya, kesatuan dan perpaduan seluruh rakyat Bosnia Herzegovina akan lebih erat disamping mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.- HARAKAHDAILY 17/7/2021

- Advertisement -