Vaksinasi: Empat hari berturut lepasi 400,000 dos sehari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin Covid-19 terus menunjukkan perkembangan positif empat hari berturut-turut melepasi 400,000 dos sehari.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 menerusi Twitter menyatakan, semalam sebanyak 460,158 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan iaitu jumlah tertinggi dalam sehari sehingga kini.

- Advertisement -

Daripada jumlah itu, daripada jumlah itu sebanyak 304,807 adalah dos pertama sementara dos kedua pula 155,351.

Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah sebanyak 13,107,681 dos suntikan.

Tambahnya, jumlah yang menerima dos pertama ialah 8,949,064 orang dan 4,158,617 orang telah menerima dos kedua.

Sebelum ini, jumlah suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan ialah sebanyak 434,828 dos pada 14 Julai, 424,541 dos (13 Julai) dan 421,479 dos (12 Julai). – HARAKAHDAILY 16/7/2021

- Advertisement -