Ivermectin diluluskan guna secara ‘off-label’

- Advertisement -

APABILA keluar TV dan print screen katanya KKM dah lulus Ivermectin. Ramai pula yang terkinja suruh saya tarik semula tulisan sebelum ini. Katanya Tan Seri DG sendiri yang cakap dalam wawancara bersama Bernama hari itu. Tuan puan, pendirian KKM tetap sama. Diluluskan kegunaan secara off-label.

- Advertisement -

Maknanya apa?

Lulus untuk kajian klinikal, sama seperti kajian SOLIDARITY yang menggunakan ubat HIV (Lopinavir/ritonavir) dan ubat Malaria (Hydrochloroquine) tahun lepas. Keduanya sudah tidak digunakan kerana tidak berkesan merawat COVID-19.

Nak guna Ivermectin mesti dapat kebenaran khas Ketua Pengarah Kesihatan. Tidak boleh wewenang beli dan makan. Klinik Swasta atau kedai Farmasi tidak boleh jual. Penjualan salah sudut akta.

Maka kita tunggu-lah dulu keputusan kajian klinikal yang sedang dijalankan. Jika terdapat bukti kukuh untuk diberikan kepada orang ramai, baru kita semua boleh makan. Itu pun atas preskripsi doktor. Bukan mudah-mudah begitu saja.

Buat masa ini kelulusan NPRA dalam negara kita hanya untuk merawat cacing haiwan. Perlu kita ingat dos haiwan dan manusia berbeza.

Sekian.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4216799525026005/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -