Oleh SYAHIRAH SALLEH
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menganjurkan Program Munajat Perdana pada Sabtu, 17 Julai bagi memohon keselamatan, kesihatan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Program tersebut dijadualkan berlangsung bermula jam 9.30 malam secara langsung di laman Facebook dan YouTube Rasmi UMMAH.
Antara tentatif program termasuk bacaan tahlil kepada Anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, mantan Setiausaha Agung Ummah, Mansor Ibrahim serta rakyat Malaysia yang terkorban akibat Covid-19.
Terdapat juga tazkirah mengenai kepentingan keamanan dan kestabilan negara serta bacaan doa agar rakyat Malaysia dijauhi dari segala bala dan bencana.
Program turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Pendakwah Terkenal merangkap Timbalan Presiden Geng Ustaz, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani; Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa.
Program merupakan anjuran bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Cakna Rakyat Malaysia, MyHawa, Pertubuhan Pencinta Ulamak, dan Perarakan Malaysia.
Semua rakyat Malaysia tidak mengira fahaman politik dijemput hadir. – HARAKAHDAILY 15/7/2021
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!