Selaraskan waktu, tempat sama untuk keluarga ke PPV

USAHA Kerajaan Sarawak untuk memberikan perlindungan kepada rakyat Sarawak melalui vaksinasi agresif hingga 80 peratus sangat memberangsangkan. Pelbagai usaha telah dilakukan agar rakyat Sarawak dapat diberi vaksin sepenuhnya sebelum berakhir tahun ini.

Kekebalan Kawanan (Herd Immunity), atau kekebalan masyarakat, adalah ketika sebahagian besar penduduk suatu kawasan kebal terhadap penyakit tertentu. Ini lebih berkesan sekiranya setiap keluarga perlu pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada waktu dan tempat yang sama. Kami mendapati bahawa dalam pendaftaran MySejahtera, ada pasangan yang tidak dapat pergi ke PPV bersama-sama kerana tarikh dan masa yang berbeza. Ada yang jauh dari tempat tinggal mereka dan mereka yang tinggal di alamat yang sama juga terpaksa pergi secara berasingan.

Advertisement

Dalam aplikasi MySejahtera, ia harus mengikuti tempat kediaman yang sama di mana setiap pasangan harus pergi ke PPV pada tarikh yang sama dan bukannya tarikh yang berbeza, waktunya juga berbeza, ini tentu sukar bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk berulang-alik ke PPV.

Kami menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meninjau pengguna MySejahtera agar pendaftaran vaksin dipermudah dengan mengemaskini nama setiap keluarga yang tinggal bersama. Mereka seharusnya diberi tarikh dan waktu yang sama ke PPV berhampiran tempat kediaman mereka untuk memudahkan pergerakan mereka.

Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memudahkan pasangan atau keluarga yang layak mendapat vaksin yang tinggal di alamat yang sama untuk pergi ke PPV berdekatan pada masa dan tarikh yang sama. Kerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk menangani masalah ini dengan segera untuk memudahkan proses vaksinasi kepada rakyat Sarawak, khususnya, sangat dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Coordinate the same time and place for each family to the Vaccination Center (PPV)

The efforts of the Sarawak government to provide protection to the people of Sarawak through aggressive vaccination up to 80% are very encouraging. Various efforts have been made so that the people of Sarawak can be fully vaccinated before the end of this year.

Herd immunity or community immunity is when a large portion of the population of an area is immune to a particular disease. This is more effective if each family has to go to the Vaccination Center (PPV) at the same time and place. We found that in the MySejahtera registration, there were couples who could not go to PPV together due to different dates and times. Some were far from their place of residence and those living at the same address also had to go separately.

In the MySejahtera app, it should follow the same place of residence where each couple should go to PPV on the same date instead of different dates, the time is also different, this is, of course, difficult for those who do not have a vehicle to commute to PPV.

We urge the Ministry of Health (MOH) and the National Security Council (NSC) to survey MySejahtera users so that vaccine registration is simplified by updating the name of each family living together given the same time and to the PPV near their residence to facilitate their movement.

We hope this issue can be resolved immediately to make it easier for vaccine-eligible couples or families living at the same address to go to a nearby PPV at the same time and date. Cooperation with the relevant parties to address this problem immediately to facilitate the vaccination process for the people of Sarawak, in particular, is greatly appreciated.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 13/7/2021