Final Euro 2020, 49 peminat ditahan polis London

Italu muncul juara Euro 2020.
- Advertisement -

MOSCOW: Seramai 49 penyokong bola sepak ditahan dan berbelas pegawai polis cedera ketika perlawanan akhir Euro 2020 berlangsung di Stadium Wembley London, pada Ahad.

- Advertisement -

“Tugas kami untuk final #Euro2020 hampir berakhir. Terima kasih kepada puluhan ribu peminat yang mempunyai semangat kesukanan tinggi dan bersikap bertanggungjawab.

“Sebanyak 49 tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan. Kami menempatkan pegawai bertugas sepanjang malam,” kata polis metropolitan di Twitter.

“Tetapi mengecewakan, 19 pegawai kami cedera ketika berdepan penyokong yang bertindak ganas. Kejadian ini sama sekali tidak boleh diterima,” tambah polis metropolitan.

Selain itu, pihaknya juga akan menyiasat “beberapa komen di media sosial yang bersifat jelik dan rasis ditujukan kepada pemain bola sepak ekoran keputusan final #Euro2020.”

Itali menewaskan England 3-2 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan tamat dengan kedudukan terikat satu sama. Final Euro 2020 di Stadium Wembley itu dihadiri seramai 67,173 menjadi perlawanan bola sepak paling ramai ditonton.

Agensi Berita Sputnik melaporkan peminat England yang kecewa mula bertindak membakar mercun dan membalikkan tong sampah, tetapi tiada gangguan besar dilaporkan.

Putera William dan isteri, Kate Middleton menulis di Twitter: kekalahan itu “memilukan.” “Kecewa. Tahniah @Azzurri atas kemenangan. @ England, anda semua telah sampai sejauh ini, tetapi sayang hari ini bukan milik kita.

“Semua pemain bola sepak England harus berbangga, kerana “banyak lagi peluang menanti.”

Azzurri merangkul kejuaraan itu untuk kali kedua selepas julung kali memenanginya pada 1968.

Itali pernah melangkah ke perlawanan akhir pada 2000 dan 2012, tetapi tewas di tangan Perancis dan Sepanyol.

Penjaga gawang Itali, Gianluigi Donnarumma, diisytiharkan Pemain Terbaik selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti – satu rekod bagi Kejuaraan Eropah. – BERNAMA

- Advertisement -