Pengurusan AKSB berjalan seperti biasa – MB

- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) disiasat atas dakwaan berkaitan rasuah.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, SPRM masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

“Sekarang masih di peringkat siasatan. Banyak lagi perkara yang perlu disiasat. Jadi kita serahkan kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas meninjau program Outreach Vaksin di Maahad Falahiah dekat sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Husin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas pegawai AKSB yang didakwa terbabit dengan rasuah bagi membantu siasatan melibatkan projek AKSB bernilai lebih RM27 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kelmarin dilapor menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan seorang pegawai AKSB berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.

Menteri Besar juga berkata pengurusan AKSB di negeri itu berjalan seperti biasa dan tidak menghadapi apa-apa masaalah.

“Apa lagi yang berlaku hari ini pun (melibatkan) bekas pengurus AKSB,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 11/7/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -