PAS Putatan sokong kukuh kesepakatan GRS

- Advertisement -

Oleh NURSAM MOHAMMAD

- Advertisement -

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan menyambut baik pendirian Umno Sabah yang kekal dengan pendirian bersama rakan komponen lain bagi mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Naib Yang di-Pertua PAS Putatan, Khairan Untoh berkata, tindakan itu juga bagi memperkukuh agenda penyatuan ummah, sebagaimana yang telah dimeterai dalam Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019 yang lepas.

Menurutnya, PAS Kawasan Putatan juga senada dengan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah yang menyeru agar mengukuhkan kesepakatan dan membela nasib pelbagai lapisan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tambahnya lagi, PAS Kawasan Putatan juga menyahut seruan Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan yang menggesa semua pihak agar mengurangkan polemik politik sebaliknya terus memberi fokus terhadap usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tegasnya, dalam tempoh keadaan semasa, semua parti perlu mengutamakan kestabilan politik, ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam.

“(Ini) demi kepentingan rakyat dan memberi penumpuan terhadap rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19, membantu jentera Kerajaan Negeri memerangi pandemik Covid-19 yang masih belum reda dan saling bekerjasama bagi merealisasikan Pelan Pemulihan Negara,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/7/2021

- Advertisement -