Vaksin: Empat hari berturut lepasi 300,000 dos sehari

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Empat hari berturut-turut pemberian vaksin Covid-19 melepasi angka 300,000 dos sehari.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada semua doktor, vaksinator, general practitioners, petugas kesihatan dan sukarelawan yang bertugas di semua Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV).

- Advertisement -

Sebanyak 313,761 dos diberikan pada 5 Julai, 340,043 dos (6 Julai), 375,842 dos (7 Julai) dan 376,909 (8 Julai – semalam).

Menurut KKM, jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam ialah 10,413,270 dos di mana semalam yang tertinggi setakat ini.

Tambahnya, daripada 10,413,270 dos itu, yang menerima dos pertama ialah 7,222,481 orang manakala 3,190,789 orang menerima dos kedua. – HARAKAHDAILY 9/7/2021

- Advertisement -