PEMUDA Perikatan Nasional tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Umno yang mendesak YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur diri.
Ini adalah satu bentuk pelanggaran kepada Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang telah menitahkan supaya semua bentuk politiking dihentikan bagi memastikan urusan negara difokuskan kepada memulihkan keadaan negara.
Berdasarkan kenyataan pihak Peguam Negara bertarikh 8 Julai 2021 dan inisiatif yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam mengurus dan menangani pandemik COVID-19 ini, Pemuda PN akan terus memberikan sokongan dan dukungan penuh kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri dan barisan anggota Kabinet yang juga dianggotai oleh Sembilan (9) Menteri Penuh dan Lapan (8) Timbalan Menteri dari Umno terhadap Pelan Pemulihan Negara.
Kita wajib bersatu dan bekerjasama memfokuskan segala daya dan usaha untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai Imuniti Kelompok (Herd immunity) bagi membolehkan kita kembali meneruskan kehidupan seharian sepertimana biasa.
Pemuda PN akan terus menjadi entiti semak-imbang terhadap dasar-dasar dan polisi kerajaan bagi membela nasib rakyat dalam menangani pandemik COVID-19. Ia sewajarnya menjadi agenda utama setiap daripada kita. Hentikan politiking yang menyusahkan rakyat.
“Teguh Kita, Menang Bersama!”
YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda Perikatan Nasional
YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Ketua ARMADA BERSATU Nasional
SDR RIZAL JOHARI
Ketua Pemuda STAR
SDR JAMAIN SARUDIN
Ketua Pemuda SAPP
SDR WONG CHIA ZHEN
Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pusat – HARAKAHDAILY 9/7/2021
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4491963324181359&id=678811362163260
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!