EMA tak iktiraf AstraZeneca dari Thailand dan Korea?

- Advertisement -

APABILA diberitakan bahawa European Medical Agency (EMA) satu badan regulatori ubat-ubatan di Eropah ingin menilai kembali vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan pengilangannya dari Korea atau Thailand, maka terdapat tuduhan menyatakan bahawa vaksin AstraZeneca keluaran selain dari US atau UK itu adalah vaksin kelas kedua atau tidak diiktiraf.

- Advertisement -

Apa yang berlaku sebenarnya begini:

1. Baca betul-betul kenyataan Badan regulatori EMA, mereka ingin meneliti dahulu semua pelaporan berkaitan sebelum kelulusan. Bukannya tidak iktiraf. Tulisan yang menuduh Kesatuan Eropah (EU) tidak iktiraf itu sengaja memilih ayat sedemikian supaya ingin menampakkan bahawa usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam program vaksinasi ini kelas kedua atau setidaknya memberi keraguan kepada masyarakat supaya tidak mengambil vaksin.

2. Kesatuan Eropah (EU) telah membuat penjelasan bahawa tiada sekatan rakyat Malaysia untuk ke sana. Syarat untuk masuk ke negara-negara Eropah adalah:

i. Mempunyai sijil digital vaksin atau 
ii. Ujian COVID-19 sebelum masuk negara itu adalah negatif atau 
iii. Pengesahan pernah dijangkiti COVID-19.

3. Isu sijil digital yang ditimbulkan kerana setakat ini mereka hanya memasukkan vaksin-vaksin dari UK dan US. Pun begitu mana-mana vaksin yang sudah pun diluluskan oleh WHO akan dimasukkan dalam sistem dalam tempoh terdekat. EU juga menjawab, sijil digital vaksin dari Malaysia juga diiktiraf nanti. 

4. Isu yang sama seperti vaksin Sinovac satu ketika dahulu yang Arab Saudi tidak menerimanya untuk jemaah Haji dan Umrah. Ini kerana badan regulatori Arab Saudi perlu meneliti dahulu dosier (kertas pelaporan mengenai produk) dan syarikat pengeluar perlu mendapat kelulusan dari FDA terlebih dahulu. Apabila FDA meluluskan vaksin itu, tidak menjadi masalah bagi Arab Saudi untuk menerima kembali penggunaan vaksin bagi jemaah Haji atau Umrah.

5. Terpenting bagi kita adalah manfaat perlindungan COVID-19 melalui vaksin. Kita mahu keluar dari pandemik ini secepat mungkin. Bab nak keluar negara, melancong atau berniaga itu adalah urusan kedua. Mungkin lepas ini sudah tidak perlu dah vaksin dan sijil-sijil itu.

6. Kita sibuk nak keluar negara untuk melancong, nak lepas tol Gombak pun susah.

“Semoga Bersabar”
“Kita Jaga Kita”

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 12/3/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4196311773741447/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -