375,842 suntikan vaksin semalam, tertinggi dalam sehari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 375,842 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi diberi dalam sehari setakat ini.

- Advertisement -

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 168,047 adalah dos kedua.

Dr Adham turut memberitahu lima negeri tertinggi yang mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam ialah Selangor dengan 80,609 orang, disusuli Sarawak (72,971), Kuala Lumpur (55,952), Negeri Sembilan (22,869) dan Johor (22,861). – BERNAMA

- Advertisement -