Peringatan kepada Kit Siang dan golongan anti-Islam!

- Advertisement -

ALOR SETAR: Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah memperingatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa penghinaan dilakukan pemimpin itu kepada agama Islam boleh menghilangkan keharmonian dalam negara.

Ketua Ulamak PAS Kedah, Syeikh Mohamad Rodi Abdul Rahman turut menegaskan peringatan kepada golongan anti-Islam dalam negara ini terhadap perbuatan mereka menuju kepada mengeruhkan suasana dan ketenteraman.

Menurut beliau, kehidupan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama di negara inu menuntut hormati-menghormati antara satu sama lain, di mana tindakan pemimpin politik anti-Islam boleh menyebabkan timbul pelbagai perkara luar jangka.

“Jadi tolong jaga lidah mulut!” tegas beliau selepas mengetuai laporan polis terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu di Balai Polis Pokok Sena, di sini hari ini.

- Advertisement -

Turut membuat laporan adalah Ketua Ulamak PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Abu Khair Ayub dan turut hadir sama adalah Setiausaha dan Ketua Penerangan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Mohd Yusof Ahmad dan Ustaz Salim Mahmood.

Laporan polis sama turut dibuat Ketua Ulamak PAS Kawasan-kawasan iaitu Ustaz Naziron Baharom (Sik) di Ibu Polis Daerah (IPD) Sik, Ustaz Mat Tormizi Md Arof (Sungai Petani) dan Ustaz Shahmir Ismail (Merbok) di IPD Kuala Muda.

Juga Ustaz Zulkifli Mustaffa (Padang Serai) di IPD Kulim, Ustaz Mohd Shazuri Saad (Langkawi) di IPD Langkawi, manakala Dewan Ulamak Kawasan-kawasan lain akan menyusul esok.

Dalam laporan tersebut, Dewan Ulamak PAS Kedah menyifatkan Lim Kit Siang telah secara sedar dan tidak baik sengaja menghina Allah serta menghasut dan mengelirukan akidah umat Islam supaya mempertikaikan kuasa Allah dan melukakan perasaan umat Islam.

Tindakan tersebut dinyatakan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, benci-membenci, mendatangkan bangkitnya marah, menjejaskan perpaduan dan mendatangkan ketegangan antara agama.

Oleh itu Ulamak PAS Kedah meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap Lim Kit Siang di bawah peruntukkan undang-undang yang sedia ada.

“Walaupun beliau telah membuat permohonan maaf kononnya telah berlaku salah faham terhadap kenyataan Presiden PAS, tetapi ia tidak dapat diterima memandangkan respon beliau dalam bentuk tulisan.

“Ia boleh disemak dan difikirkan terlebih dahulu sebelum menyebarkannya di media. Maka hal itu tidak dapat dimaafkan sama sekali dan tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran agar tidak berulang lagi,” ulas Ustaz Mohd Shazuri.

Tegasnya, penghinaan seumpama itu bukan kali pertama tetapi telah acapkali dilakukan pemimpin tersebut dan untuk sekian kalinya ia tidak boleh dimaafkan. – HARAKAHDAILY 7/7/2021

- Advertisement -