Bukan sekadar selesai pencerobohan malah pulih ekosistem

andansura
- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Usaha Kerajaan Negeri Pahang menjalankan operasi pemusnahan kebun haram durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub disambut baik pelbagai pihak.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata isu itu tertangguh sejak sekian lama.

Oleh itu katanya, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) perlu mengemukakan tindakan susulan ekoran operasi tersebut.

- Advertisement -

“Kita berharap tindakan tegas yang diambil JPNP disusuli dengan mengemukakan perancangan pemulihan atau apa sahaja yang hendak dibuat di kawasan tersebut.

“Bukan sekadar ambil dan dibiar begitu sahaja, rakyat akan lihat apa yang dibuat ini mendatangkan kebaikan kepada mereka,” ketanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Ahad lalu, tular beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan provokasi yang melampau oleh pengusaha kebun haram terhadap pasukan penguat kuasa yang melaksanakan tindakan penguatkuasaan HSK di Batu Talam.

Jabatan Perhutanan Pahang dalam kenyataan akhbar semalam memaklumkan operasi memusnahkan kebun durian haram melibatkan kawasan seluas 101.171 hektar.

Operasi itu tertumpu tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara secara haram dan 18 penceroboh terbabit ditahan serta peralatan dan kenderaan yang terlibat disita.

Andasura juga berkata, biar rakyat menilai setiap tindakan yang diambil kerajaan melalui perancangan yang teliti demi kebaikan kepada mereka.

“Operasi ini bukan sekadar hendak menyelesaikan isu pencerobohan malah untuk memulihkan kembali ekosistem hutan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/7/2021

- Advertisement -