Rumah dimamah anai-anai dapat perhatian ADUN

- Advertisement -

KUALA KRAU: Keadaan kehidupan seorang balu yang kematian suami tiga bulan lalu dan menjaga anak perempuan orang kelainan upaya (OKU) di kediaman hampir runtuh telah mendapat perhatian wakil rakyat.

- Advertisement -

ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim menyaksikan sendiri kesusahan dan keperluan Kalsom Harun, 67 dan keluarganya itu ketika hadir berziarah masyarakat di Jengka 17, di sini kelmarin.

Walaupun umumnya keadaan rumah warga emas itu berada dalam keadaan baik tetapi bahagian hadapannya telah runtuh berpunca dimakan anai-anai yang memungkinkan juga risiko menjejaskan bahagian lain.

Turut bersama dalam ziarah ini ialah Setiausaha Cawangan PAS Jengka 17, Amin Misran serta Muslimat PAS Cawangan bersama-sama mengiringi Ustaz Shahril bagi menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Kalsom.

Sumbangan tersebut diharap membantu meringankan keperluan keluarga tersebut bagi mengadakan baik pulih serta menampung setakat kehidupan mereka anak-beranak berikutan situasi pandemik ketika ini.

“Masalah anai-anai ini sudah menjadi masalah yang besar terutama bagi rumah kayu, namun tidak dinafikan juga rumah batu pun ada juga masalah ini, maka menjadi sangat bahaya dan perlu dicegah dan cari penyelesaiannya.

“Kita berharap semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban Puan Kalsom Harun membaikpulih rumah di samping menjaga anak perempuannya yang kurang upaya,” ujar Ustaz Shahril. – HARAKAHDAILY 5/7/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!