Vaksinasi berterusan mampu percepat imuniti kelompok

- Advertisement -

KUALA KRAI: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman melahirkan keyakinan usaha berterusan pemberian vaksin kepada penduduk mampu mempercepatkan mencapai imuniti kelompok.

Beliau berkesempatan turun bersama Adun Dabong, Ustaz Ku Zaki Ku Hussin ke Kampung Mahligai untuk menghadiri Program Outreach Suntikan Vaksin, semalam.

- Advertisement -

“Saya yakin usaha yang berterusan ini akan mampu mempercepatkan komuniti kelompok bagi penduduk Kuala Krai, insya-Allah,” ujarnya dalam laman Facebook beliau, semalam.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai itu diadakan di pekarangan Masjid Mukim Mahligai.

Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Suzaimi Mohamad turut hadir pada program itu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesungguhan pihak PKD yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah Dr Hazura Mat Zubir dan HSIP yang ketuai oleh Timbalan Pengarah HISP, Dr. Izhar Shah Aiseri dalam melaksanakan program tersebut.

Abdul Latiff turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Pasukan Polis, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Daerah Dabong, Pusat Khidmat ADUN Dabong serta penghulu dan imam dan masyarakat setempat yang menjayakan program itu berlangsung dengan baik.

Menurutnya, seramai 700 orang yang berdaftar disasarkan dari Kampung Mahligai, Kampung Serasa, Sri jaya, Sri Bintang, Ingin Maju, Sungai Mala, Dusun Durian, Kuala Mahligai, Gua Chatak, Gua Senduk dan Banggul Ara.

“AlhamdulilLah, ini merupakan program outreach ketiga di Kuala Krai selepas Kampung Bahagia dan Pasir Kelang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/7/2021

- Advertisement -