JAM Semporna bantu pemberian vaksin

- Advertisement -

Oleh MOHD SAFWAN MOHAMMAD

SEMPORNA:
Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Semporna membantu pihak hospital daerah di sini, dalam penyeliaan pemberian vaksin dos kedua, semalam.

Seramai 66 orang penerima hadir ke kuarters baru Hospital Semporna untuk penerimaan vaksin dos kedua yang dipantau oleh Pegawai Penyelia Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Semporna, Muhammad Amin Sanusi. 

- Advertisement -

Pengarah Hospital Semporna, Mohd Syahfahzreen mengucapkan jutaan terima kasih kepada JAM Kawasan Semporna diatas bantuan yang telah diberikan bagi memudahkan pemberian vaksin dos kedua pada hari ini.

“Pihak hospital menyambut baik usaha murni JAM Kawasan Semporna yang telah banyak membantu mempermudahkan pelbagai program dibawa seliaan pihak kami,” tambahnya.

Komandan JAM kawasan, Razis Asparin yang turut hadir berharap masyarakat sentiasa menyokong pihak hospital dalam usaha pemberian vaksin bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

“Kerjasama membantu pihak Hospital Semporna dalam pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dua hari dalam setiap minggu dan akan diteruskan lagi pada minggu akan datang,” ujarnya.

Razis turut mengajak masyarakat Semporna khususnya untuk sertai program Amal Blood Donation bersama pihak Hospital Semporna yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Julai ini. – HARKAHDAILY 2/7/2021

- Advertisement -