Pemudah cara antara kerajaan dan anak muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mengetuai Pemuda Perikatan Nasional (PN) merupakan pengalaman pertama bagi Pemuda PAS dalam koalisi kerajaan di mana dahulu PAS berada dalam Kerajaan Campuran 1974-1978 tanpa bersama koalisi.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, sebagai sebahagian kerajaan maka wujud pertimbangan perkara-perkara yang perlu dihadapi secara ‘defensif’ dan ada pula perkara untuk ‘ofensif’.

- Advertisement -

Part yang kita defensif ialah ada polisi kerajaan yang telah dibuat baik, dilancarkan, dilaksanakan dengan baik, tetapi pembangkang masih lagi attack sebagai satu contoh. Jadi kita kena bersifat defensif, kena beritahu, kena ceritakan. Tabligh, menyampaikan. Itu defensif.

“Sometimes we need to be offensive also. Maksud ofensif bukannya kita jadi pembangkang, bukan kita anjurkan demonstrasi, bukan kita pergi hantar buat gesaan secara radikal. Kita ini adalah parti kerajaan, maka kita cadangkan kita lontarkan. 

“Kemudiannya kita buat tindakan susulan berjumpa dengan pihak Menteri. Itu cara dia. Apakah itu dikatakan sebagai minda pembangkang. Datang jumpa Menteri, kita bincang, Menteri pula angkat perkara ini kalau melibatkan keselamatan negara, bincang dalam MKN (Majlis Keselamatan Negara).

“Kalau melibatkan Kementerian tersebut, maka dia akan bincang dalam kementerian tersebut. Itulah cara kita sebagai parti yang memimpin negara. Jadi definitely dalam kita mempertimbangkan perkara ini, dia ada juga part yang kita defensif, ada juga part kita ofensif,” terangnya. 

Beliau mengemukakan pentingnya Pemuda mewakili kerajaan menjadi pemudah cara kepada anak muda contohnya sebelum ini meminta kerajaan memanjangkan waktu berniaga kepada jam 10 malam dari asal 8 malam.

Hal tersebut jelas beliau, bukan sahaja memudahkan ramai anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan, tetapi juga para pekerja industri di mana habis waktu kerja pada jam 8 malam untuk mendapatkan makanan.

Pun begitu pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ketika ini memerlukan sekatan pergerakan penuh (SPP) bagi mengurangkan pergerakan dan interaksi.

Pemuda juga beritahunya, ada mengemukakan kepada pihak kerajaan khususnya Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Seri Mahdzir Khalid untuk memberikan diskaun 20 peratus bil elektrik.

“Sebab itu saya tak kisah kawan-kawan saya daripada pembangkang yang dia hentam-hentam kerajaan, asalkan kritikan itu membina, pada saya kita boleh terima. Tetapi kalau kritikan itu dalam bentuk fitnah, dalam bentuk yang tidak membina, kita tolak ke tepilah. 

“Ahli politik sebegitu akan ada setiap masa, dan mereka hidup kerana disokong oleh orang-orang yang suka kepada mereka. Jadi ada risiko sokong mereka dapat pemimpin sebegitu. 

Tapi kalau kita nak negara yang lebih maju, maka pilihlah pemimpin-pemimpin yang pada saya bijaksana dalam menguruskan isu-isu yang berlaku di sekelilingnya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/7/2021

- Advertisement -