PAS Segambut bantu penduduk terkesan PKPD

Oleh WAN SYAHIRAH

KUALA LUMPUR:
PAS Kawasan Segambut menyampaikan sumbangan untuk membantu penduduk Kampung Segambut Dalam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak beberapa hari lalu, semalam.

Advertisement

Sumbangan yang disampaikan berbentuk barangan dapur seperti beras, telur, sardin, mi segera, biskut, minyak dan susu tin.

Sumbangan berkenaan dikumpulkan oleh AJK PAS Segambut hasil kerjasama ahli-ahli PAS, NGO serta masjid dan surau berhampiran.

Sumbangan disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Segambut, Hafifi Padal kepada Jawatankuasa Bertindak MPP Sub Zon 4 dan Umno Cawangan Segambut Dalam untuk diedarkan kepada semua yang memerlukan.

“Kami merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli PAS, NGO serta pihak surau dan masjid yang berganding bahu membantu penduduk di sini yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/6/2021