Lebih 7.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,824,912 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

- Advertisement -

Beliau berkata daripada  jumlah itu 5,610,911 adalah penerima dos pertama manakala 2,214,001 individu lagi telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 231,733 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 287,127 orang, diikuti Sarawak (246,259), Johor (233,239), Perak (201,040) dan Sabah (188,690). – BERNAMA

- Advertisement -