Kamu sanggup pikul dosa aku di akhirat?

IMAM Ibn Kathir ada menceritakan di dalam البداية والنهاية mengenai kisah Saidina Umar dengan seorang ibu yang miskin. Satu hari, Saidina Umar bersama pegawainya, Aslam meronda di waktu malam seperti biasa untuk mencari-cari risau ada rakyatnya yang miskin.

Mereka berhenti di satu tempat yang ada nyalaan api. Di situ ada seorang ibu yang sedang memasak. Anak-anaknya sedang menangis kelihatan sedang lapar.

Advertisement

Saidina Umar minta izin untuk masuk, dan bertanyakan kenapa anak-anak itu tidak berhenti menangis? Si ibu membalas, kerana mereka lapar. Saidina Umar bertanya lagi, apa yang ada di atas api itu?

Si ibu menjawab:

‎ماء أعللهم به حتى يناموا، الله بيننا وبين عمر

“Air… aku berikan kepada mereka untuk membuatkan mereka tidur. Di antara aku dan Umar, adalah Allah.”

Saidina Umar menangis dan terus mendapatkan makanan. Beliau menyuruh Aslam meletakkan guni makanan di belakangnya. Tetapi Aslam mengatakan biarlah dia sahaja yang memikulnya. Saidina Umar R.A membalas;

‎أنت تحمل وزري يوم القيامة؟

“Kamu sanggup pikul dosa aku di akhirat?”

Lalu Saidina Umar R.A memikulnya, dan memberikan terus kepada si ibu tadi. Sahabat-sahabat, zaman Saidina Umar R.A pun pernah berlaku krisis. Ada saja isu rakyatnya yang tiada makanan. Tetapi Saidina Umar terus melaksanakan amanahnya.

Hari ini di Malaysia bukan hanya ada Menteri. Setiap DUN dan Parlimen ada YB-YB-nya. Masing-masing perlu sedar tanggungjawab menjaga kebajikan di tempat masing masing.

Asal bunuh diri, ini salah Menteri. Asal ada orang miskin, ini salah Menteri. YB di situ buat apa? Pusat Khidmat beroperasi ke tidak sehingga rakyat terpaksa bersuara dalam media sosial?

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 30/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000953077134/posts/5658977214143992/