‘Pemain Kabinet’ sebenarnya kaki bangku

- Advertisement -

ANDA pernah jadi penonton bola sepak di stadium? Anda pernah maki pemain yang pada pandangan anda tidak bagus? Maki pemain yang tak jaringkan gol? Anda pernah jadi pemain bola sepak yang disaksikan oleh ramai penonton? Anda pernah dimaki dan dimarah?

Pernah dimarah atau dikritik oleh jurulatih anda? Adakah anda menerima atau sesekali pernah anda menjawab dengan alasan yang betul-betul anda rasai? Pernah dimarah oleh Pengurus yang hanya datang berbaju kemas dan tak pernah hadir menyaksikan latihan anda dan rakan-rakan?

- Advertisement -

Adakah anda sedar sebahagian besar penonton di stadium itu ada yang ‘kaki bangku’ tetapi maki hamunnya mengalahkan pemain profesional? Siap komen strategi yang dicatur lagi? Apakah kita rasa pemain di padang itu tidak mahu menang, atau mereka terhalang dan tidak mampu lakukan?

Saya cuma berharap ‘pemain Kabinet’ berjaya menang dalam perang bersama COVID-19 ini. Saya sedar memang ada pemain yang patut digugurkan oleh jurulatih. Saya juga terasa betapa banyak tindakan yang kurang saya setujui. Tetapi saya yakin, semua ahli pasukan itu memang mahu menang. Malah mereka jauh baik dari pasukan sebelum ini yang beraksi ketika tiada musibah. Mereka hanya berharap penyokong kekal bersama menyokong mereka.

Jika anda tak pernah bermain di padang yang ramai penyokong, anda tidak akan rasai perasaan ini. Apatah lagi jika hanya penonton berbayar yang spesis ‘kaki bangku’. Hari ini sekali lagi mereka buktikan, mereka usahakan yang terbaik. Semoga mereka berjaya menang bersama kita.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 29/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000122032873/posts/6440518559295481/

- Advertisement -