Sabah, Sarawak, Semenanjung bumi Malaysia milik kita bersama

- Advertisement -

ORANG ramai yang tidak tahu boleh kata apa sahaja tambahan ahli-ahli politik ekstremis yang gemar membakar api kebencian dan perseteruan. Sesungguhnya telah lebih 50 tahun Sabah dan Sarawak Merdeka melalui Malaysia. Hubungan persaudaraan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak terlalu erat dan padu.

Bukan sahaja kakitangan kerajaan, termasuk guru-guru, anggota polis, tentera, dihantar berkhidmat dari Semenanjung malah hari ini anak-anak Sabah dan Sarawak berbondong bekerja mencari rezeki dan menetap di Semenanjung.

- Advertisement -

Kita sesama kita bukan orang asing tetapi warga Malaysia anak-anak bumi berdaulat ini. Kerana itu ke mana sahaja kita pergi di tanah air ini kita sebenarnya menjejak kampung halaman sendiri.

Kerana itu semua yang terlibat tidak pernah rasa janggal apabila berada sama ada di Sabah, Sarawak atau Semenanjung dan akan memberi khidmat dan bekerja sebaik mungkin dengan bangga dan serba ikhlas.

Akhbar The Star hari ini memaparkan seorang guru Cikgu Nasir dari Padang Rengas, Perak berkorban mendidik anak muridnya walau terpaksa mengharung Sungai Kinabatangan, Sabah dan mengajar atas bot. Jangan adu domba kami sesama rakyat Malaysia. Tanah yang kami pijak ini adalah tanah tumpah darah kami bersama.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 28/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1541073462898651/

- Advertisement -