PAS Paya Besar anjur bengkel grafik hasilkan poster

- Advertisement -

PAYA BESAR: Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penghasilan Poster secara aplikasi atas talian Zoom baru-baru ini.

Ia satu usaha AKP bagi melahirkan tenaga mahir dan terlatih dalam menghasilkan poster yang menarik dan berkualiti, selain membantu parti ianya dapat membantu para peserta untuk masyarakat amnya.

Dihadiri 93 peserta, bengkel menggunakan aplikasi Over ini dibimbing tenaga pengajar mahir Pereka Grafik Multiracial Revert Muslim (MRM), Siti Sarah Abdul Rahman yang juga pengasas Maisarah Design Solution.

- Advertisement -

Menurut beliau dalam pembentangannya tersebut, poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang memuatkan komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. 

“Pengaplikasiannya dengan ditampal pada dinding atau permukaan datar lain dengan sifat mencari perhatian orang ramai seramai mungkin. 

“Inilah yang dimaksudkan dengan poster yang sebenarnya, jika poster itu tidak menarik perhatian masyarakat umum maka sesuatu mesej atau info yang ingin disampaikan itu akan gagal,” ujarnya.

Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dalam ucapan perasmiannya berharap agar program ini terus dianjurkan agar mendapat penglibatan lebih ramai anak-anak muda.

“Sebenarnya kemahiran ini banyak orang menguasainya tapi tidak ramai yang mempelajarinya kerana beranggapan ianya susah.

“Bengkel ini akan membantu para peserta dalam memberi khidmat kepada masyarakat dalam penghasilan poster seperti poster masjid, NGO, perniagaan dan sebagainya,” katanya yang juga ADUN Panching dan Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.

AKP merupakan entiti di dalam Dewan Pemuda PAS yang berperanan melahirkan tenaga mahir dan terlatih dalam skop kepimpinan PAS pada masa akan datang. 

Antara program yang telah dianjurkan adalah seperti Bengkel Pengucapan Awam dan Pengurusan Imej. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

- Advertisement -