DMPM rakam takziah pemergian Ramlah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit, Ramlah Bahari, petang tadi.

Ucapan dirakamkan saf kepimpinan DMPM menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Facebook DMPM.

- Advertisement -

“Dukacita dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia Kawasan Parit, Puan Ramlah binti Zahari telah kembali ke rahmatullah sebelum Maghrib, hari ini.

“Berita duka ini diterima pada jam 7.26 petang tadi dan dimaklumkan almarhumah Puan Ramlah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh,” kata DMPM.

Almarhumah Ramlah merupakan Pengerusi Lajnah Kebudayaan, Kesenian, dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit dan Pengerusi MGP meninggalkan lima anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.

“Ketiga-tiga anak perempuan beliau juga merupakan guru PASTI. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat tenang, penyabar dan ceria apabila berinteraksi dengan sahabat-sahabat.

“Segala kenangan almarhumah bersama rakan dalam perjuangan tidak mungkin dapat dilupakan.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT serta diampunkan segala dosa-dosanya,” ucap DMPM. – HARAKAHDAILY 25/6/2021