Permohonan maaf terhadap laman berita Tentera Darat

KUALA LUMPUR: Pihak editorial HarakahDaily dengan ini memohon maaf kepada pihak laman berita Tentera Darat Malaysia di atas penyiaran artikel bertajuk “Pandemik COVID-19 Potensi Ancaman Bio-Terorisme Kepada Keselamatan Negara” pada 4 Jun lepas tanpa melalui prosedur keizinan daripada penulis.

Advertisement

Oleh itu Harakahdaily memohon maaf kepada penulis rencana terbabit iaitu Kol Dr Zulkarnain Haron dan Mej Subadhra Nadarajah terhadap kesukaran yang dihadapi kerana kealpaan Harakahdaily tanpa mendapat izin terlebih dahulu dan telah menarik balik artikel berkenaan.

Oleh itu dengan setulus hati kami memahami kesan langsung salah faham, sensitiviti dan terjejas reputasi serta faedah-faedah ke atas penulis sebagai pihak tentera seperti mana agensi dan perkhidmatan awam lain yang tidak mewakili atau memihak kepada mana-mana parti politik. – HARAKAHDAILY 24/6/2021