Bagaimana Umar R.A menguruskan krisis?

BERLAKU kemarau panjang di zaman Sayyidina Umar selama sembilan bulan yang dikenali sebagai ‘Am Ramadah (Ramadah tanam hitam atau arang kerana tanah menjadi hitam akibat terlalu panas dan kemarau panjang). Apa yang dilakukan oleh Sayyidina Umar ialah:

Advertisement

1. Meminta rakyat bermunajat kepada Allah, Solat Istisqa’ dan bertaubat.

2. Meminta bantuan dari wilayah-wilayah Islam lain yang tidak terjejas seperti Syam, Mesir, Iraq dan lain-lain.

3. Menangguhkan hukuman potong tangan kepada pencuri kerana ada syubhah atau kesamaran akibat terdesak.

4. Menangguhkan pembayaran zakat tahun itu ke tahun hadapan setelah keadaan pulih. Zakat tahun kemarau dikira hutang yang dibayar pada tahun seterusnya. (Ini seperti moratorium penangguhan pembayaran komitmen bulanan, boleh juga diluaskan kepada cukai-cukai, sewa-sewa kediaman dan premis, roadtax dan seumpamanya dan dikira hutang sehinggalah keadaan pulih).

6. Membina khemah atau penempatan sementara bagi orang-orang yang sangat terjejas sehingga terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat kemarau panjang. Pada ketika itu dikatakan sehingga 7,000 orang terpaksa meninggalkan kampung mereka menuju Madinah pusat pemerintahan ketika itu dan Sayyidna Umar menyediakan kediaman sementara mereka dan memberikan makanan kepada mereka. (Mungkin boleh diluaskan kepada orang kehilangan kediaman akibat tidak mampu bayar sewa dan seumpamanya).

5. Zuhud Sayyidina Umar hinggakan beliau tidak makan melainkan hanya makanan yang dimakan orang ramai dalam keadaan susah ketika itu. (Ini juga boleh diluaskan kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan, swasta dan individu. Beli apa yang sangat perlu sahaja).

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 24/6/2021