NGO perlu kempen rakyat daftar suntikan vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran supaya dapat memainkan peranan berkempen mengajak seluruh rakyat Malaysia mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.

Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, NGO perlu berkempen dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh undang-undang Negara.

- Advertisement -

Katanya, ini kerana NGO mempunyai pengaruh dan sangat dengan rakyat di pelbagai peringkat.

Beliau berkata setiap negeri, kawasan ada sahaja NGO yang bergerak aktif menyampaikan bantuan kepada rakyat.

Justeru katanya, NGO tersebut perlu mengambil peluang untuk terus berkempen mengingatkan rakyat supaya mendaftar untuk suntikan vaksin.

“Suntikan vaksin ini sangat penting bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Saya menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan golongan anti vaksin,” katanya.

NGO-NGO juga kata beliau jangan terpengaruh dengan gerakan antivaksin sebaliknya mendukung usaha pihak kerajaan yang mengeluarkan bajet besar untuk keselamatan rakyat. – HARAKAHDAILY 23/6/2021

- Advertisement -