Status pesakit dimasuk ke PKRC ditentu RT-PCR

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Hanya pesakit yang disahkan positif Covid-19 menerusi Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sahaja akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini mulai hari ini.

Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, keputusan untuk menggunakan RT-PCR itu diputuskan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) negeri.

- Advertisement -

Ini kerana kata beliau memandangkan kes di Kelantan semakin menunjukkan penurunan.

Katanya, pihaknya akan mula menggunakan RT PCR sahaja sebagai confirmatory test kecuali di lokaliti kluster dengan kadar positiviti yang tinggi.

“Mulai esok (hari ini) kemasukan pesakit ke PKRC dihadkan dengan hanya akan ditentukan menerusi keputusan yang dijalankan menggunakan kaedah RT-PCR sahaja berbanding sebelum ini menerusi kaedah RT-PCR dan Ujian Rapid Antigen (RTK-AG),” katanya di sini semalam.

Menurutnya juga bagi kawasan di lokaliti membabitkan kluster dengan kadar positiviti yang tinggi ia akan dikecuali menggunakan RT-PCR dan sebaliknya akan menggunakan RTK-AG.

Katanya ia akan ditentukan oleh CPRC negeri dengan persetujuan CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes Covid-19 di Kelantan menurun

Kes Covid-19 di Kelantan menyebabkan jumlah pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) menurun kepada 979 orang.

Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, pihaknya juga akan mengoptimumkan penggunaan 10 PKRC apabila dua PKRC akan diletakkan dalam standby mode iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, SMK Salor bermula hari ini.

Manakala Dewan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas akan menghentikan pengambilan pesakit.

“Dua lokasi lagi yang sebelum ini dijadikan PKRC iaitu asrama Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan asrama Hospital Pasir Mas akan digunakan bagi menempatkan pesakit daripada lokaliti kluster yang menjalani ujian saringan menerusi kaedah RTK-AG.

“Mereka hanya akan dimasukkan ke PKRC sekiranya ujian RT-PCR yang dijalani selepas itu menunjukkan keputusan positif,” katanya.

Terdahulu beliau menerima sumbangan 10 unit ‘Oxygen Concentrator’ daripada Malaysian Thoraric Society dan Lung Foundation of Malaysia untuk kegunaan bagi membantu rawatan penafasan pesakit Covid-19 di PKRC di Kelantan. – HARAKAHDAILY 22/6/2021

- Advertisement -