Dulu PTMP dan PSR ada kaitan, kini tidak lagi

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Tiada lagi kaitan antara projek tambakan laut di Selatan Pulau Pinang (PSR) dan Pelan Pengangkutan Induk Pulau Pinang (PTMP), tegas Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman.

Menurutnya, kedua-dua projek mega itu sememangnya mempunyai kaitan pada awal perancangan kerajaan negeri, namun tidak lagi kini.

- Advertisement -

Beliau pada masa sama menegaskan bahawa dirinya tidak akan menukar panggilan projek tambakan itu daripada PSR kepada Penang South Island (PSI).

Hal ini kerana beliau menganggap usaha menukar nama projek tambakan kepada PSI seolah-olah mempunyai agenda supaya masyarakat melupai mengenai projek reklamasi itu.

“Saya tidak mahu gunakan isilah Penang South Island, sebab ini bukan South Island, ini adalah Penang South Reclamation. Seolah-olah mereka hendak tukar, pakai Island supaya orang lupa mengenai reklamasi ini,” ujarnynya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara berjudul ‘Epilog: PSR-Makna Sebenarnya’ yang bersiaran secara lansgung melalui Facebook dan YouTube Dialek TV, pada Isnin.

Mengulas lanjut, kata Meena, melalui penelitian laporan penialain alam sekitar (EIA) yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihaknya mendapati terdapat beberapa kecacatan yang harus dijelaskan JAS.

“Ada beberapa kekurangan di sana yang saya rasa harus dikeluarkan, tetapi kerajaan negeri memberi alasan bahawa projek ini telah diberi kelulusan oleh JAS.

“Oleh kerana dia telah diluluskan oleh JAS, setiap kita yang mendakwa bahawa (projek itu) ada masalah alam sekitar, kami punya seruan tidak dapat diterima, kononnya begitu.

“Tetapi apabila kita kaji dengan lebih mendalam, apakah kandungan EIA tersebut, kita nampak beberapa kecacatan. Bagaimana bekas Ketua Pengarah JAS telah melulusukan EIA satu hari sebelum beliau bersara.

“Ia turut menjadi persoalan kepada kami juga, walaupun dikatakan dengan 72 syarat. Kalau awak nilai 72 syarat itu, banyak syarat tersebut adalah syarat-syarat yang tidak begitu penting.

“Apa yang penting (di sini) adalah surat dari bekas Ketua Pengarah JAS itu sendiri yang mengakui bahawa projek ini akan membawa kesan yang berpanjangan,” ujarnya sambil memetik kenyataan bekas Ketua Pengarah JAS ketika meluluskan EIA bagi projek tersebut.

Justeru itu, SAM mencabar tanggungjawab JAS sebagai pelindung kepada alam dengan mempersoalkan adakah dengan mengakui bahawa pembangunan PSR akan memberi kemusnahan kekal dan residual impact, membolehkan EIA diluluskan.

“Bolehkah dalam keadaan ini, EIA ini harus diluluskan? Walaupun ada significant impact, permanent impact dan ada pelbagai jenis kecacatan?” soalnya.

Surat kelulusan EIA yang dikeluarkan JAS dalam Perkara 4 menulis, ‘pihak jabatan ini ingin menarik perhatian pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pembangunan projek akan menyebabkan kemusnahan kekal dan residual impact ke atas ekosistem dataran lumpur (mudflat), fishing ground, kawasan pendaratan penyu, dan sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting kepada sumber perikanan’.

‘Kemusnahan kekal ini akan memberi impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan, nelayan dan jaminan sumber bekalan makanan negara’.

‘Dalam hal ini, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendaklah memastikan pelaksana projek memberi perhatian serius terhadap residual impact dan melaksanakan semua langkah mitigasi tanpa gagal dengan nasihat teknikal jabatan berkaitan terutama Jabatan Perikanan Malaysia’. – HARAKAHDAILY 22/6/2021

- Advertisement -