PKP 3.0: PASTI Temerloh prihatin kebajikan para guru

TEMERLOH: Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh mengerakkan pengumpulan dana bagi membantu pengurusan serta kebajikan guru-guru dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Advertisement

Pengerusi PASTI Temerloh, Ustaz Zulkefli Yusoff berkara pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil tindakan pihaknya di bawah Pemuda PAS Temerloh untuk membantu pengurusan serta kebajikan guru-guru.

Lebih-lebih lagi maklumnya juga, terdapat beberapa guru yang berada di dalam kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) dan di kuarantinkan diri di rumah kerana terlibat dengan kontak rapat pesakit positif COVID-19.

“Pihak PASTI Temerloh telah sedaya upaya membantu menyalurkan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian kepada mereka yang terlibat.

“Ramai kalangan keluarga guru-guru PASTI yang terjejas pendapatan disebabkan suami tidak dapat turun bekerja dalam tempoh PKP ini terutamanya yang bekerja sendiri.

“Atas dasar tanggungjawab dan kebersamaan inilah Pemuda PAS Temerloh dengan kerjasama pengurusan PASTI Temerloh telah berusaha sedaya upaya mencari dana dalam pelbagai cara untuk menampung kewangan yang diperlukan,” ujar beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Temerloh.

Para dermawan yang berhasrat untuk menyumbang boleh langsung ke Tabung Pengurusan dan Kebajikan PASTI Kawasan Temerloh 1101712760  Bank Rakyat dengan catatan ‘infakcovidpasti’ ke 0199045631. – HARAKAHDAILY 21/6/2021