Manfaatkan media sosial sebagai ‘parlimen rakyat’

- Advertisement -

Oleh ZULFAHMI RAMLI

IPOH: Ruang media sosial hari ini semakin terbuka luas dan juga disebut sebagai ‘parlimen rakyat’ kerana perbincangannya bersifat bebas malah disertai kepelbagaian latar belakang rakyat.

Malah banyak isu yang berlegar di media sosial hari ini sangat memberi pengaruh dan kesan yang besar serta sukar dikawal, sudah tentu memerlukan sekumpulan tenaga untuk menerang dan bertahan ketika Islam diserang.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berucap demikian pada Konvensyen Penerangan dan Media Baharu PAS, semalam.

Program yang dijalankan secara dalam talian buat julung kalinya telah dihadiri oleh 1,051 orang dan majlis perasmian petutupnya disempurnakan Timbalan Presiden PAS Pusat, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ustaz Idris turut berpesan kepada para peserta agar segera mengatasi segala kelemahan yang ada dengan menjadi rajin bekerja, suka membaca, bersungguh dan sabar dalam menyempurnakan setiap arahan serta menggerakkan political will yang efisyen.

Ustaz Hafez Sabri

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri ketika dihubungi berkata jentera penerangan dan media baharu PAS juga bertanggungjawab terhadap usaha pihak kerajaan serta mestilah aktif membentuk naratif kepada rakyat dengan menerapkan nilai-nilai Islam yang sebenar.

“Kita mestilah memanfaatkan sebaik mungkin ruang yang ada di media sosial dengan mewujudkan gelombang besar dan mempunyai kesan yang cepat terhadap pembentukan ‘Malaysia Sejahtera’.

“PAS Perak juga sentiasa menjadikan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai contoh khususnya dalam menangani isu trending rakyat di media sosial,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri menyeru seluruh anak muda untuk memainkan peranan di media sosial dengan menatijahkan solusi Islam dalam memenuhi kehidupan bermasyarakat.

Katanya lagi, semua petugas parti khususnya ejen penerangan mestilah menghayati serta mengamalkan saranan Ustaz Idris bagi memastikan keberkesanan setiap tindakan berkaitan dakwah dan siasah. – HARAKAHDAILY 21/6/2021

- Advertisement -