Dun Kelantan tunggu tarikh Parlimen bersidang

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hanya akan diadakan selepas Parlimen mengumumkan tarikh bila akan bersidang.

Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan yang diadakan bersama Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, semalam.

- Advertisement -

Kata Abdulah sekiranya diadakan sidang Dun Kelantan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepertimana sidang Parlimen, sama ada secara maya atau bersemuka.

“Buat masa ini persidangan tidak dapat dibuat kerana terikat dengan Ordinan Darurat,” ujarnya.

Beliau memberitahu, sebagaimana yang diketahui, berdasarkan ordinan itu, pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil serta persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.

Mengulas lanjut, Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti serta merujuk kepada format dan SOP Parlimen terlebih dahulu sebagai panduan.

Kali terakhir sidang DUN Kelantan berlangsung adalah pada 14 April 2020 hanya selama 45 minit sahaja ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – HARAKAHDAILY 21/6/2021

- Advertisement -