Bantuan barangan dapur ringankan beban asnaf

- Advertisement -

Oleh SUSILAH CHARLES

SANDAKAN:
Bantuan barangan makanan telah diagihkan oleh PAS Kawasan Libaran kepada 50 penerima yang tersenarai di Kampung Tanjung Pisau, Batu 12 dekat sini semalam.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Libaran, Huseen Raheem berkata walaupun jumlah agihan tidak banyak tetapi ia diterima dengan penuh syukur oleh penduduk kampung yang terlibat.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Libaran, Abdul Waheed Mohamad yang turun bersama dalam agihan kali ini juga turut memberikan pesanan agar semua penduduk terus sabar dan tabah dalam menghadapi ujian wabak pandemik ini.

“Selain mematuhi setiap SOP yang sudah ditetapkan, kita juga mestilah mendaftar untuk mengambil vaksin kerana ini adalah salah satu ikhtiar kita juga untuk mengekang penularan Civid-19,” pesannya. Turut hadir adalah timbalannya, Zulkifli Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Libaran, Kamsaa Osman.

Tambahnya lagi, PAS Libaran akan terus komited dalam apa jua program kebajikan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Wakil penduduk Kampung Tanjung Pisau, Ahmad Kasim mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil PAS Libaran yang turun membantu mereka ketika ini.

“Demi meratakan semula lengkukan graf kes positif Covid di negara kita ini, kami sebagai penduduk kampung sini akur dengan setiap arahan kerajaan dengan mematuhi setiap SOP yang dikeluarkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/6/2021

- Advertisement -