Ada pihak cuba raih politik murahan

Oleh MUHAMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
PAS Kelantan menganggap perbuatan individu yang menggantung kain rentang warna putih dengan tulis hijau, ‘Taki Pengkhianat Istana’ di sekitar Kota Bharu semalam dianggap sebagai meraih politik murahan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya akan melakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum bertindak terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Advertisement

“Kita akan tengok apa yang terbaik untuk isu ini dan saya rasa kalau sekadar naik kain rentang ini kita anggap sebagai meraih politik murahan, mungkin juga kita mengambil keputusan berdiam diri itu lebih baik.

“Jadi kita akan tengok dahulu macam mana,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan serta tinjauan di Kompleks Abatoir Kota Bharu yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dekat sini semalam. – HARAKAHDAILY 20/6/2021