PKP 3.0: PAS Rompin prihatin kebajikan masyarakat

- Advertisement -

ROMPIN: PAS Kawasan Rompin melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menyampaikan bantuan kepada kalangan penduduk setempat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

- Advertisement -

Sumbangan menerusi Tabung Bantuan COVID-19 itu telah dilancarkan oleh PAS Rompin sejurus PKP 3.0 diumumkan pada hujung bulan lalu akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun oleh kerajaan.

Bantuan yang menjadi tanda keprihatinan PAS Rompin terhadap kehidupan masyarakat setempat atas terkesannya dengan situasi semasa ini bertujuan meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Hasil sumbangan ahli, pimpinan dan penyokong PAS serta para dermawan, sebanyak 150 pek mengandungi beras, bihun, tepung, minyak masak, telur, gula, teh dan kopi telah diagihkan ke tiga DUN dalam Parlimen Rompin.

Masing-masing serahan yang dibuat dari rumah ke rumah penerima telah dihantar langsung oleh pimpinan PAS Rompin sambil berziarah melihat sendiri situasi sedang dihadapi penduduk.

Yang Dipertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad di DUN Bukit Ibam, manakala Timbalan Yang Dipertua PAS Rompin, Ramli Awang Ahmat  di DUN Muadzam Shah dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Abdul Aziz Abdul Hamid di DUN Tioman.

“Semoga bantuan ini dapat  mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan PKP 3.0. Tidak lupa penghargaan buat para penderma dan petugas PAS Rompin”

“Atas sikap sentiasa prihatin mereka dengan situasi semasa dan telah mempermudahkan segala perjalanan urusan bantuan ini,” ujar Nazri Ahmad. – HARAKAHDAILY 19/6/2021

- Advertisement -