Usah ambil kesempatan titah Agong, bersatu tangani COVID-19

- Advertisement -

DEWAN Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menzahirkan pandangan terhadap situasi yang sedang melanda negara ketika ini khususnya bagi menghadapi wabak COVID-19.

Ianya dilihat bahawa Kerajaan Perikatan Nasional selari dengan pandangan yang dizahirkan oleh Istana Negara untuk menangani wabak ini yang kini sangat serius menerusi Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri. 

- Advertisement -

Titah YDPA sangat jelas mahukan rakyat bersatu menangani COVID-19 namun dalam masa yang sama DHPP melihat bahawa ada pihak sengaja mengambil kesempatan untuk menjadikan agenda politik tersendiri.

DHPP juga pada masa yang sama menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang cuba melabelkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai penderhaka sedangkan apa yang diulas oleh beliau sebenarnya mengenai langkah kerajaan adalah selari dengan titah dari Istana. Ini adalah satu pendekatan politik jahat yang sengaja dicetuskan bagi kepentingan politik mereka.

DHPP menyeru supaya kita semua bersatu untuk memastikan wabak COVID19 ini segera pulih bagi membolehkan kita dapat meneruskan kehidupan seperti sebelumnya.

Sekian.

YB SENATOR BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN, JP
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/6/2021

- Advertisement -