Pemuda Perikatan Nasional menjunjung titah YDP Agong

PEMUDA Perikatan Nasional menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 16 Jun 2021. Pemuda Perikatan Nasional sebagai entiti yang sentiasa menjunjung tinggi sistem Raja Berperlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu agar mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat adalah selari dan bertepatan dengan iltizam Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Pelan Pemulihan Negara yang baru diumumkan melihatkan kepada satu gerak kerja inklusif, ditambahbaik dan menyeluruh dalam usaha ‘Exit Strategy’ Negara daripada kemelut COVID-19 yang melanda.

Advertisement

Pemuda Perikatan Nasional akan terus mengamalkan politik khidmat bakti yang mengutamakan kesejahteraan rakyat. Pada kesempatan ini Pemuda Perikatan Nasional memohon agar kerajaan dapat mempertimbang:

1. Potongan 20 peratus bagi penggunaan elektrik kediaman.
2. Moratorium bersasar pada golongan M40 dan sektor perniagaan.
3. Mengambil tindakan tegas pada peniaga yang menaikkan harga barangan.

Pemuda Perikatan Nasional akan terus konsisten mendukung kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara

YB SENATOR IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 18/6/2021