Titah pandangan Agong: Kerajaan ambil langkah susulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil maklum titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang terkandung dalam kenyataan Istana Negara, semalam.

Advertisement

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan dalam sesi-sesi menghadap ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyembah maklum dan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik Covid-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

“Menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 17/6/2021