SUHAKAM mahu bebas sampai tahap mana?

- Advertisement -

KITA tidak menafikan akan kewujudan institusi rasmi yang ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). SUHAKAM ada fungsinya tersendiri, ia bergerak secara bebas dan berhak menasihati kerajaan sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 4(1) Akta 597 khususnya dalam aspek hak asasi manusia.

Sungguhpun demikian fungsinya, SUHAKAM juga berhak ditegur oleh kerajaan mahupun rakyat awam kerana kita perlu berpijak di bumi sendiri. SUHAKAM berperanan untuk membela hak asasi di Malaysia, bukannya di Amerika Syarikat, Britain atau mana-mana negara Eropah sana.

- Advertisement -

Kita di sini, negara anggota ASEAN di Asia Tenggara. Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia juga dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai acuan tersendiri, adat Melayu, sistem Beraja dan ciri-ciri ketimuran. Jadi, atas asas apa SUHAKAM berusaha gigih atas nama kajian kononnya untuk mewujudkan undang-undang yang mengiktiraf gender ketiga? Selepas ini, apa pula yang SUHAKAM mahu kerajaan dan rakyat iktiraf atas nama kebebasan hak asasi manusia?

Wahai SUHAKAM, sedarlah dalam kehidupan kita sebagai insan yang dicipta Tuhan pasti tetap ada peraturan, had sempadan dan batas sempadan yang tidak boleh dilanggar sesuka hati. Acuan kebebasan di negara Barat sana tidak sesuai pun untuk diimport masuk ke Malaysia.

Bahkan Amerika Syarikat yang berpura-pura menjadi jaguh nombor 1 hak asasi Barat juga pada masa sama berperanan besar mendanai persenjataan Zionis-Israel yang menzalimi rakyat Palestin buat sekian lamanya.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 17/6/2021

- Advertisement -