STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh Mumtaz

Datuk Pkharuddin Ghazali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 27 daripada 5,574 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 memperoleh gred Mumtaz atau cemerlang, demikian menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Beliau berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.

- Advertisement -

Pkharuddin berkata adalah tidak relevan untuk membandingkan keputusan kali ini dengan tahun sebelumnya memandangkan pelaksanaan format baharu peperiksaan bermula 2020.

“Ini tidak akan memberi kesan besar dari segi kesediaan tempat di universiti kerana mereka memiliki peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020, yang diadakan secara maya, hari ini.

Pada peperiksaan STAM 2019, seramai 41 calon memperoleh gred 10 Mumtaz. – BERNAMA

- Advertisement -