TG Abdul Hadi siap tulis buku semasa dirawat di IJN

- Advertisement -

BEBERAPA hari lepas, Ayah Chik telefon.

“Ana dah siap tulis buku baru.”

“Allahu Akbar! Alhamdulillah,” terus saya balas dengan ucapan takbir dan tahmid.

Tidak digambarkan dengan kata-kata, perasan dalam hati yang penuh rasa syukur dan gembira.

- Advertisement -

Kedengaran suara Ayah Chik sangat ceria dan gagah.

Alhamdulillah Ayah Chik semakin sihat.

“Buku apa Ayah Chik?” saya tanya.

“Buku TAQWA,” Ayah Chik jawab.

Walaupun masih dalam rawatan hospital dan perhatian doktor, Ayah Chik siap menulis sebuah buku baru dan beberapa artikel yang telah disiarkan.

Begitulah barakah masa Ayah Chik, dimanfaatkan masanya untuk ummah dan negara. Masih terus memikirkan untuk satukan orang Islam, bukan sahaja dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini buku “Celupan Carum Kecil di Lautan Ilmu al-Quran” juga ditulis di Institut Jantung Negara (IJN) sewaktu Ayah Chik menerima rawatan selepas pembedahan jantung, tahun 2017.

Kali ini pula tentang TAQWA.

Apa yang Ayah Chik mahu sampaikan?

Sama-sama kita tunggu terbitnya buku baru ini.

Bulan ini juga ada terbit buku baru Ayah Chik, Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin: Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, boleh lihat di Facebook Pustaka Permata Ummah. – HARAKAHDAILY 16/6/2021

- Advertisement -