Sambutan ulangtahun Keputeraan Sultan Kedah ditunda

Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Sambutan perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-79 akan dilewatkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, keputusan itu berikutan situasi negara masih belum stabil akibat pandemik Covid-19 yang semakin drastik sejak akhir-akhir ini.

“Tuanku Sultan Kedah sendiri memperkenan agar sambutan itu dilewatkan memandangkan keadaan negara yang masih belum stabil dengan peningkatan drastik wabak Covid-19 sejak mutakhir ini.

- Advertisement -

“Pendekatan seperti ini diambil dalam usaha untuk membendung wabak daripada terus menular di negara ini,” kata beliau pada satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun kata beliau cuti umum sempena hari Hari Keputeraan Sultan Kedah pada 20 Jun ini dikekalkan tanpa sebarang perubahan.

Manakala ucapan sembah tahniah sempena sambutan perayaan ulangtahun itu akan dilaksanakan melalui saluran media cetak dan media elektronik.

“Oleh itu kerjasama dan sokongan berterusan daripada rakyat amat diperlukan untuk memastikan keberkesanan tindakan yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi menjamin kelangsungan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/6/2021

- Advertisement -