Penduduk sedia suntik vaksin namun tidak tahu daftar

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KUALA KRAI:
Sebahagian daripada dos vaksin yang diperuntukkan kepada penduduk Kampung Pasir Kelang bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dibawa menggunakan feri dari pangkalan Kampung Pasir.

Konvoi membawa vaksin hari ini tiba kira-kira 8.30 jam pagi dengan kenderaan pacuan empat roda.yang diiringi anggota polis bagi memastikan kelancaran penghantaran tiba tepat pada waktunya. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Krai Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

- Advertisement -

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr Hazura Mad Zubir setakat ini sebanyak 24,000 penduduk di jajahan itu sudah divaksinkan.

Katanya ia melibatkan 16,000 penduduk yang menerima vaksin dos pertama dan 8,000 bagi vaksin dos kedua.

“Jmlah penduduk yang berdaftar ialah seramai 34,000 ribu iaitu sebanyak 34.9 peratus. Kami menyasarkan bagi penduduk Kuala Krai yang perlu disuntik seramai 86,700 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Masjid Pasir Kelang di sini hari ini.

Dr Hazura juga berkata, pihaknya merancang melaksanakan jelajah wara yang akan turut melibatkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penghulu serta sukarelawan lain.

“Pelaksanaan program itu bagi memberi kesedaran. Kita akan masuk ke kampung-kampung. Kebanyakan penduduk sedia disuntik vaksin Covid-19 tetapi ada dalam kalangan mereka tidak tahu untuk mendaftar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/6/2021

- Advertisement -