Pemberian vaksin bukan ‘ujian tikus makmal’

- Advertisement -

DI negara Amerika Syarikat siap pekerja hospital swasta yang menolak pengambilan vaksin COVID-19 mengemukakan saman mahkamah kepada hospital kerana tindakan menggantung jawatan mereka.

Tetapi akhirnya mahkamah memutuskan kes dibuang dan sekali gus memberi kemenangan kepada pihak hospital kerana ingin menjaga kepentingan anggota kesihatan yang lain, pesakit dan masyarakat, dalam suasana wabak COVID-19 yang berlaku.

- Advertisement -

Jika seorang pekerja yang sememangnya bertugas di barisan hadapan tetapi tidak nak diri mereka dilindungi oleh vaksin COVID-19, mereka sendiri akan mempunyai risiko dijangkiti. Yang paling membimbangkan jika mereka itu dijangkiti dan virus COVID-19 itu boleh merebak kepada rakan sekerja yang lain atau pesakit ataupun masyarakat yang berada di luar sana.

Walaupun ya selepas mengambil vaksin pun boleh dijangkiti, tetapi peratus perlindungan adalah lebih tinggi berbanding dengan individu yang langsung tidak mengambil vaksin. Mereka yang tidak mengambil vaksin lagi tinggi risiko dijangkiti oleh COVID-19. Ini telah pun terbukti melalui kajian yang telah pun dibuat.

Alasan kedua mereka menolak adalah mereka tidak mahu diri mereka dijadikan tikus makmal semata-mata untuk eksperimen pihak kerajaan dan pihak berwajib. Sedangkan mereka tidak faham bahawa pemberian vaksin itu bukannya tikus makmal kajian, kerana tempoh kajian klinikal sudah pun berlalu. Sekarang ini adalah tempoh untuk memberikan vaksin kepada seramai mungkin rakyat. Sudah lebih daripada 300 juta vaksin telah pun diberikan di Amerika syarikat dan telah menunjukkan satu kejayaan yang besar iaitu penurunan kes positif dan kematian akibat COVID-19 menurun secara mendadak. Mahkamah menegaskan bahawa vaksin itu berkesan dan selamat digunakan, tidak sepertimana yang difikirkan oleh sekumpulan anggota yang digantung kerja itu.

Mahkamah juga menegaskan bahawa organisasi boleh mengenakan apa-apa peraturan terhadap anggota mereka yang tidak ikut perintah dan polisi yang dibuat dalam organisasi tersebut. Salah satu daripadanya adalah, pekerja boleh dikenakan tindakan digantung kerja jika menolak vaksin tanpa alasan munasabah. Semoga isu ini dijadikan iktibar dan kayu ukur dalam negara kita. Hayati lah betul-betul slogan yang dilaungkan Kerajaan Lindung Diri Lindung Semua.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/6/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -